Sunday, February 8, 2009
Thursday, February 5, 2009
;''(
baca dan hargai ;
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca-pembaca blog ini.Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan yang berjaya memasuki Maktab Rendah Sains Mara dan Sekolah Berasrama Penuh.Sememangnya perkara ini amat berharga buat rakan-rakan setelah bertungkus-lumus belajar sepanjang tahun. Dalam kegembiraan berita tersebut namun ada kedukaan di sebaliknya juga. Mana tidaknya, setelah hampir tiga tahun belajar di SMKTD,ada yang perlu meninggalkan sekolah demi cita-cita mereka.
Sememangnya telah banyak kenangan pahit,manis, sukan dan duka yang telah kami iaitu bekas pelajar-pelajar tingkatan Tiga S tahun 2008 lalui bersama sepanjang tahun. Oleh itu, pemergian rakan-rakan ke sekolah lain amat dirasai dan agak berat untuk meninggalkan mereka. Masih segar lagi dalam ingatan saya kenangan pada awal tahun 2008.Pada waktu itu, kami ada yang digabungkan dari tingkatan 2S,2M,2K dan juga 2T. Ketika itu, kami belum lagi merasai debaran bagi menduduki peperiksaan PMR. Pada bulan April,kami mengikuti lawatan ke Empangan Chenderoh,Perak bersama dengan rakan-rakan kelas 3M. Lawatan ini telah mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara rakan-rakan 3S dan 3M. Walaupun hanya sehari namun lawatan tersebut menjadi kenangan manis dalam memori kami.
Tidak lupa juga, kami sering melakukan aktiviti yang dilakukan di dalam kelas seperti lakonan terutamanya ketika subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Kerjasama antara kami berjaya memuaskan hati guru-guru yang mengajar walaupun ada kekurangan dan tidak begitu sempurna. Pada bulan Ogos iaitu bulan Kemerdekaan kelas kami telah mempersembahkan sketsa dari novel Merdeka! Merdeka!. Sketsa kami boleh juga dikatakn sebagai berjaya. Kami memberikan yang terbaik demi mambanggakan kelas kami dan guru yang memberikan latihan. Pada ketika itu, saya hanya terlibat di belakang tabir kerana masalah kesihatan. Namun saya berasa bangga dengan kerjasama antara teman-teman. Benarlah kata 'Wonderpets' iaitu apa yang penting..kerjasama.
Walaupun perlu menjalani pelbagai aktiviti kami masih juga perlu menghadiri kelas tambahan anjuran sekolah untuk persediaan bagi menghadapi Penilaian Menengah Rendah(PMR). Oh,ya..ketika Hari raya aidilfitri kami telah mengunjungi rumah rakan-rakan di sekitar kawasan Tasek damai. Walaupun ramai yang tiada namun kunjungan kami pada hari itu sememangnya menyeronokkan.Tidak lama selepas itu,kami menduduki PMR.Tuhan sahaja yang tahu betapa berdebarnya kami ketika itu. Harapan ibu bapa, guru-guru rakan-rakan dan diri sendiri menjadi pendorong kepada kami. Kami menjawab dengan tenang bersama iringan doa dan ilmu di dada.
Selesai peperiksaan kami mengadakan jamuan kelas@jamuan akhir tahun dan menjemput guru-guru setiap subjek.Tema kami pada hari itu ialah Hitam dan putih dan kami menjamah KFC pada hari bermakna itu.Kami semua memakai t-shirt kelas yang direka oleh pelajar-pelajar lelaki.Tanggal 30 Disember 2008 menjadi tarikh yang amat melemaskan kami. Pada hari itu, keputusan PMR dikeluarkan.Alhamdulillah.. 8orang rakan-rakan kelas 3S(2008) berjaya memperoleh 8a dalam semua subjek.13 orang pula mendapat 7A.
Pada hari ini,10 orang daripada kami bakal berpindah. Sesungguhnya kenangan - kenangan yang dinyatakan di atas tidak akan luput dari ingatan. Terima kasih atas kejutan yang diberikan oleh kalian kepada kami yang bakal berpindah pada kira-kira pukul 11.45 pagi tadi. Biarlah air mata yang gugur tetapi bukan memori-memori manis bersama. Saya mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada semua teman-teman dan memohon ampun serta maaf sekiranya pernah melukakan hati sesiapa.Saya juga mendoakan agar anda semua berjaya mencapai 10 A1! dalam SPM pada tahun 2010.Sekiranya ada waktu yang kelapangan bolehlah kita berjumpa di lain masa."jika ada sumur di ladang boleh saya menumpang mandi,jika ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi"."Kawan ketawa memang senang dicari,kawan menangis susah ditemui " namun bagi saya kalian semua ialah kawan ketawa terbahak-bahak saya dan kawan menangis tersedu-sedu saya selamanya.Saya di disini akan sentiasa mengingati dan menyayangi anda semua. <333333
salam sayang buat teman-teman,
mierayushira ;')
mierayushira ;')
Subscribe to:
Comments (Atom)